tak puas hati atau cemburu ?

hey !

aku memang tak puas hati sekarang . bukan setakat sekarang . tapi dah lama da . ni laa yang aku nak cer kat korang . eh korang ? ada yang baca tak ? kalau ada , sila angkat tangan . aku nak tengok . hehehe . tak apa laa . biarkan aku syok sendiri sorang sorang kat sini okay ?

aku nak cakap pasal sikap papa aku yang agak susah aku nak gambarkan kat sini . hais . dia ni . kalau nakkan sesuatu barang tu . dia akan buat apa apa cara sekalipun untuk dapatkan barang tu juga . kalau kau melarang , memang kau layak dapat penampar aku . eh papa aku . nah nah . dia memang nekad nakkan benda tu tau .

dia punya anak kesayangan . dulu diorang agak rengang sikit . bukan sikit tapi banyak . tapi tu dulu . sekarang diorang memang dah kamceng . sebabnya anak dia tu dah buat hajat dia sebelum ni yang tak tercapai tapi dah tercapai pun . apa tu ? alaaa . yang pernah aku bagitau dulu . diorang aktif sesangat dalam aktiviti motor cross dah sekarang . kalau dulu papa aku pun main benda alah tu juga . malangnya , atok aku tak kasi . kasihan dia . menurut apa yang mama aku cerita . time papa aku nak berlumba , masa tu juga laa atok aku marah dia . hah ? biar betol ? takpa laa . kata kata orang tua . kita mesti percaya . isk isk .

sekarang dia dah tak bole main . maklum laa dah tua tapi tak pandai nak mengaku yang dia dah tua pun . hais . biasalaa orang tua kan . masih merasa diri muda . kalau kita dah tua nanti . pastinya kita akan merasa benda yang sama . hehehe . jadi , anak dia ni laa yang akan membuatkan hajat dia tercapai . dia sanggup beli itu ini . dia tak pandang harga pun . bukan nak kata menunjuk atau berlagak kaya . tapi itu laa papa aku . BOROS ! sebab tu laa aku pun BOROS juga macam dia . yeah . anak papa laa katakan . tapi tak setanding anak kesayangan dia . pfft . dia sanggup buat itu ini . lepas balik kerja . dia terus pegang moto abang aku . haa .. mula laa kerja part time dia sebagai seorang mekanik . di rumah .

kalau dah diorang testing moto . haaaa .. mula laa aku nak bising juga . hey ! bising laa ! cuma berkata kata dalam hati . kalau aku teriak pun . diorang takkan dengar . pasal bunyi moto tu kuat sangat laa der . hampir nak pecah juga gegendang telinga aku ni haa . workshop diorang pulak memang hampir sehampirnya dengan bilik aku . jangankan bunyi , asap moto pun bole masok ke bilik aku . itu pun kalau aku buka tingkap .

tak puas hati bukan kenapa . semua duit ke arah moto abang aku . sampaikan tak terbagi pun duit tu kat aku . hekhek . itu laa pasal aku tak puas hati . takda papaa laa sangat . aku saja nak buang boring ~

Thanks for reading my entry and i really appreciate it

No comments:

Post a Comment