kerah otak sampe terbabak palak !

setelah 2 minggu menghilang . kini aku kembali .

aok . 2 minggu yuu ! bapak aku ea sengaja sikmok bayar broadband . mala potong line nya nak online, katanya . eh . majok kitak tek ? gine laa gaya . dah satu kewajipan teenager nektok nak online siang malam bah . haha . sedih asanya sikpat online . TAPI ! ada bagusnya . apa ? tetiba jak rajin ea datang . nak belajar . wah . ea pun belajar untuk sigek subjek lok . dah slesay ea lak . bok fokus ngan subjek lain . insyaallah . mudahan berterusan . but for now benti jap . sab mok fokus ngan tesis . TESIS !

tengah buat laa tok . ea laa ku madah kerah otak sampe terbabak palak . susah ow mok polah tesis tok . nak polah ayat gik . karangan aku bukannya okey gilak . ayat pun , bagus gik ayat biak sekolah rendah kali . simple ada jak . tapi aku manfaatkan juak laa apa yang aku dah belajar selama tok . hehe . itu penting . ilmu yang cikgu dah bagik . jangan dilupakan . yeah ~

sik lamak gik ada presentation sal benda tok laa . nak polah slide gik . belom gik ngan kertas kerja nya . aku harap dapat siapkan lam masa terdekat tok . insyaallah . Kau permudahkan laa segala urusan . amin . sigek jak masalahnya . bila dah ada kemudahan internet tok . sikda lain laa ea . facebook ! ea jak kekangan aku buat masa tok . no boyfie ! for now . nasib laa aku single kan . yes ! hidup single ! kerja pun boleh setel .

dah laa penat asa tok . 2 hari tolong cikgu kat stadium nun . asa nak nangis jak . tapi sabar jak laa . dugaan . ditambah gik dengan sakit hati . hais . ilek jak ko ! sikpa . sakit burid aku doe . dah laa . tata for now ~

Thanks for reading my entry and i really appreciate it

kehidupan realiti

mengeluh dengan dugaan yang mendatang
namun , sememangnya ia satu kepastian yang perlu ada . dalam hidup
bagi menguji sejauh mana tahap tertentu
sabar ? tabah ? bersyukur kah tidak ?

semua orang akan kata hidup umpama roda
kadang di atas , kadang di bawah
bila di atas . bahagia mula terasa . dunia semakin dilupakan . lalai
bila di bawah . terseksa jiwa raga . menanggung penderitaan . Tuhan dicari

Tuhan ada dimana mana . melihat kita . mendengar doa kita . mengabulkannya mengikut kehendakNya
keluarga . pendamping setia . menguatkan semangat . di kala jatuhnya aku
teman di sisi . setiap rasa dikongsi . beban yang berat menjadi ringan

dilema
di saat ini . sukar membuat pilihan
dan aku berada di bawah
ya atau tidak ?
adakah betol tindakan yang akan aku ambil nanti ?
jangan takut bila yakin diri akan mengambil risiko kelak
kerna masa lampau yang akan mengajar kita menjadi yang lebih baik
di masa hadapan

rindukan dia !
dia yang aku impikan . untuk setia menemami aku
di kala jatuh bangun aku
berdoa agar dia muncul . dan dia muncul !
kini aku berada di atas . bahagia
namun , hanya sementara
oh . cuma khayalan semata mata

Thanks for reading my entry and i really appreciate it

masa berlalu takkan kembali

petang :)

bosan ! ya ! sememangnya aku bosan sesangat time ni . aku sepatutnya tolong mama . tapi kali ni aku excuse kejap . nak buat assignment yang sepatutnya dah siap . kalau boleh . tapi tak . tak pandai nak siap siap . sebab aku suka menangguh kerja . lmao . my bad . cuti hanya tinggal 4 hari sejaa lagi . goshhhh . sememangnya juga aku tak gunakan masa yang ada dengan baik . pfft ~

kiranya nak buat semalam . tapi tergendala lagi . sibuk dengan facebook . melayan kerenah kawan . aku tak bermaksud nak salahkan diorang . okay ? aku salahkan diri aku . pasal aku tak bijak . tak pandai urus masa . tak bijak laa tu kan ?

memang banyak yang perlu aku setelkan . banyak ! sekali lagi - aku tak pandai urus masa . aku sia sia kan cuti ni dengan entah apa laa yang aku dah buat tempoh hari . isk isk . homework geografi aku belom sentuh lagi . homework sejarah tinggal satu soalan sejaa lagi . tu belom masok lagi dengan homework bukan untuk cuti yang dibagi cikgu . maksudnya belajar kendiri . betol ka penggunaan bahasa aku ni ? homework yang tak pandai siap juga . nak belajar pun takda mood . susah ini macam . haiyakk .

tadi . baru lepas buat research . sikit sejaa aku buat . baru jinak jinak nak buat analisis soal selidik . tinggal nak buat graf sejaa lagi .
malas ~
aku stop .
sekarang nak tolong mama pulak .
adios :)

Thanks for reading my entry and i really appreciate it

rindukan saat itu

morning peeps :)

yeah . awal pagi lagi aku nak update . tak pernah pulak aku update blog jam gini . kenapa hari ni ? okay . aku memang dah awal tido . agak awal . tak seperti sebelom ni . tapi aku dikejutkan dengan satu pesanan ringkas melalui telefon bimbit dari bestie . hampir nak pukul 12am . dia kata "Goodnight buddies! :-)"

aku pun reply laa . sedih . kalau sebelom ni , jam gini kita dah syiok main game and chat . ahh . nak nangis . sememangnya aku rindukan saat tu . lepas ni aku akan salu tido awal . *tak laa 100% macam yang aku reply.
mm . betol laa apa yang aku kata . bestie aku dah balik kuching . Dayang . dia kan belajar kat sana . kau belajar laa rajin rajin ya . jangan hampakan mak bapak . bahagiakan diorang . aku rasa kau laa satu satunya lagi harapan diorang . aku kenal sangat dengan family kau . hehe . jangan kembang hidong pulak kau di sana ya .

kalau dia dah kat sana . mesti laa dia akan salu sibuk . class diorang pun dah mula . kami yang budak Pra U ni . akan datang . uhh . cepat sangat masa berlalu , rasanya . so , tak dapat laa nak chatting and layan game sampai esok pagi . kat skype . dengan bestie aku yang aku sayang sangat . diorang laa teman aku dunia akhirat . kami kalau dah jumpa . seolah olah dunia ni kami yang punya . tak peduli dengan sekeliling . kalau tak suka . nasib laa .

sejak tiga empat hari kebelakangan ni . kami always tido lewat . around 3am dah boleh tido dah . layan game dari pukul 10pm something laa . see .. lama betol kami luangkan masa bersama kat skype . kalau daddy aku tengok . dia jeling jelingnya aku . lagipun aku online kat ruang tamu . salunya line sana kuat . makin laa syok aku nak online . tanpa diganggu . kekadang naik jugak bulu roma . kalau dah tinggal aku sorang jaa kat ruang tamu yang gelap . diorang memang sengaja tutupkan lampu . uhh .

saat tu . kami ketawa bersama ( walaupun tak denga gelak tawa riang diorang ) . sedih bersama . share papaa cer masing masing . gossip gossip . merancang something . the best part is - layan game . semuanya bersama . alangkah indahnya kalau kami tinggal satu bumbung . nangis sama sama . semestinya . tak dapat tengok kawan sedih . aku pun tumpang sedih . and perlu buat diorang happy balik . tak baik kalau kita sia sia kan hidup dengan hanya bersedih . dengan dugaan yang Tuhan bagi . kan ? bila masa kawan buat lawak . bergegar satu rumah . semestinya . hehehe .

aduh . sakit belakang ! ahm . nak sangat update . sampai badan pun sakit . haha . aku nak korang tau . yang aku rindukan saat itu :')


Thanks for reading my entry and i really appreciate it

nephew and niece

salam and hai :)

baru kali ni aku nak update baru . di bulan baru . kini telah masuk bulan Jun . byebye Mei . now we should say hi to Jun . Jun , please be nice to me . tapi hidup kita takkan putus dengan dugaan kan . takpa , dugaan tu semua yang akan buat kita jadi lebih tabah . yeah . be strong .

kali ni nak cer mengenai anak anak buah aku yang comel comel . memang comel . lebih lebih lagi tengok diorang yang masih kecil . apa apa yang diorang buat semakin membuatkan diorang lagi comel . okay . aku punya dua anak buah . boy and girl . nephew and niece laa kan . ejam and yang satu lagi fikah ~

petang tadi aku se-family pegi bekenu . nak ziarah abang se-family aku kat sana . daddy aku cakap bosan dudok kat rumah . apa kata kalau kita pegi ziarah fikah nak ? rindu kot orang tua tu dengan cucu dia . okay okay . bagus jugak plan dia . aku pun bosan se-sangat dok kat rumah . mama pun takda rasa nak berdagang hari ni tadi . ada hikmah laa semuanya tu kan . ahaa .

kitorang masok kebun . ambik tebu . mak tu yang nak sangat . kakak ipar aku yang tolong ambikkan . satu sejaa . tu pun cukup . daripada takda langsung . nanti kempunan pulak orang tua aku yang sorang lagi ni . mama selalu pesan kat abang . kalau balik senadin , jangan lupa bawa tebu . tapi abang selalu lupa . kasihan bukan ? keinginan orang tua susah sangat kita nak tunaikan . kalau dulu time kita kecik kecik . diorang laa yang selalu bagi apa apa yang kita nak . sedih .

daddy belanja makan at Aras Cafe . yeay ! kitorang semua order bakso . sedap . tapi aku tak dapat habiskan . sebab aku agak kekenyangan makan ayam panggang . tengok kerenah fikah yang tak pandai dudok diam . mama suruh aku tolong jagakan . okay . aku terima job itu . aku bawa laa dia jalan jalan . ejam and adik aku join sekali . aku ekot sejaa mana fikah bawa pegi . sampai laa kat padang bola sepak . punya laa ramai jejaka yang main bola sepak masa tu . aku pun dah makin nervous . alahai . ko ni fikah . agak agak laa kalau nak bawa jalan . aku angkat dia . dia teriak . aku cakap jom balik . dia melawan pulak . ahh . aku serahkan kat adik aku . tak lama pastu diorang berkejaran . yeah . dapat pun bawa dia balik pegi warung . berpeloh aku dibuatnya .

time nak balik . kitorang dah nak masok kereta . tapi . ejam ? dia sibuk sibuk pulak pegi masok rumah kakak ipar aku . okay . fine . nanti kau . aku cakap dengan adik . cepat masok kereta . and dudok diam diam . jangan bagitau kat parents yang ejam masih kat dalam rumah . parents aku pun tak perasan . ni yang best ni . enjin kereta dihidupkan . yahhhh ! itu dia . berlari sekuat yang mungkin dengan selipar di tangan . tak sempat nak pakai di kaki pulak dah . tau pun kau panik . aku tengok muka dia . hahahaha . takut kena tinggal laa tuh . baru laa parents aku perasan . isk isk .

ejam : laju ejam lari eh ! ( senyum kambing )
aku and adik : hahahahahaha .
mama : takut kena tinggal ka ?
ejam : aok laa .
daddy : ya ka ? *dia kan tak perasan =.="

aku ada rekod satu video . nak tengok ? silakan . dah lama video ni aku simpan . dah berhabuk tebal pun , mungkin .

video

kerenah ejam di rumah . biasa laa . budak kecik . memang tak pandai nak dudok diam . video fikah pun ada tapi ada masalah teknikal . kena edit dulu . seperti yang pernah aku kata . memori atau kenangan kita boleh simpan sampai bila bila . kalau kita ada tangkap gambar . sekarang ambik video pulak . lebih afdal tuh .

okay laa . sampai sini sejaa . aku kepenatan . nak mandi dulu . after this nak skype dengan bestie pulak . kalau takda aral yang melintang . insyaallah . tata peeps :)

Thanks for reading my entry and i really appreciate it