saja saja

kepenatan jalan seharian dengan family
teman diorang beli baju sekolah, kasut sekolah, seluar sekolah
sekolah sekolah sekolah
hmm. rindu pulak aku dengan suasana di sekolah
especially classmates aku yang memang hari hari happening
ada pulak sorang budak tu tanya "nak beli kasut sekolah juga haa?"
aku jawab laa "tak tak"
mak aku sambong "dia dah habis sekolah, boy". hehehe

ya, aku mana ada sekolah lagi
dah memang kat hujung hujung pun
nak sambung apa pulak kalau dah form 6 tu memang
dikatakan garis penamat sekolah menengah
tak terniat pun nak pijak sekolah tu lagi
kecuali time nak ambik result STPM nanti. tak sabar pulak

then, kakak bawa pergi Permy Mall
asal Permy Mall jer, memang aku dengan adik singgah
kedai CD/DVD what so ever la
nak cari CD Game. wahaha =P
sempat juga aku rembat satu game then asked my brotha bayarkan
baik betol hati dia. yeah yeah
during this hols ni memang aku guna sebaiknya dengan
bermain game =________="
booooossaaaaaaannnn~

teet teet teet
aku rindukan dia
dia sibuk buat persiapan for Christmas sekarang ni
so, aku tak nak la ganggu dia
nanti dia marah pulak
nanti tak pasal pasal dia baling
pokok Xmas tu nanti
ngeee
i'm not okay
i miss you
A LOT !!
Merry Christmas Sayang :)

i hope you could stay, i need you and i adore you
time to time, i'm always thinking of you
once i realised that i care about you, so much
hopefully you're alright there
just take care of yourself well where ever you are
have a good time <3



Thanks for reading my entry and i really appreciate it

The last paper for STPM and MERDEKA !!!

assalamualaikum and hai good morning :)

awal pulak aku online hari ni. hais. sekarang aku mang dah susah nak online salu salu macam dulu. nak kata aku busy. sekolah dah abis. nak study? study apa ka benda nya pulak. kerja? eh, takda la. mak belom kasi kebenaran lagi buat masa ni. entah bila dia nak lepaskan aku pergi cari nafkah. aiseh. nafkah? kawen pun belom. calon pun takda. uww. stop the crap! my dad yang always conquer komputer yet this broadband. tu laa kelemahan broadband. sorang jer bole guna. adeh adeh. sabar jer la. orang tua kita kena dahulukan. sapa dulu makan garam? haa ..

Pengajian Am Kertas 1. last paper on 13 disember 2011 eahh. kertas terakhir memang agak kemalasan aku nak ulangkaji. tapi alhamdulillah aku sempat cover hampir ke semua topik. sebab aku ambik masa 3 hari sebelom exam untuk study subjek ni. hahaha . last minute tak bagus sangat diamalkan tapi agak berbaloi jugak. kalau study awal sangat mudah lupa pulak. tapi tak semestinya la. bergantung jugak dengan situasi kita during study. sama ada paham atau tak. this paper pun quite okay eahh. takla susah sangat. cakap besar pulak kau. HEHE. takla takla. at least aku tak frust.

MERDEKA !!! alhamdulillah, misi aku kini sudah selesai. setahun setengah aku berada di Tingkatan 6, tak sangka aku bole habiskan pengajian. kalau dulu memang aku asyik menangis jer. pasal aku tak tahan dok lama lama kat sekolah tu. plus dengan kerenah birokrasi. aep ! kerenah cikgu cikgu ler. sometimes dengan orang sekeliling aku. but then aku kena hadapi semua tu dengan hati yang tabah. akhirnya, aku dah pun sampai ke penghujung dan kini aku bole bebas berlari kemana saja aku nak. waseh waseh.

maka, sudah ada 3 orang daripada 5 adik beradik aku dah habis pengajian di Tingkatan 6. yeah yeah. tak semua nak masok T6 tau. nak kena paksa family dulu. tu pun kalau kau nak dengar katakata diorang. aku terpaksa. pasal aku faham keadaan family aku sekarang. dulu tak mampu la nak masokkan aku dalam mana mana U. keadaan kewangan masih tak stabil. orang kata kalau masok T6, murah, jimat what so ever. hais. mana ada. masih jugak aku keluarkan duit beratus ratus agaknya kot. tapi lebih murah dari yuran kat U tu la ya. beratus ratus? nampaknya bohong. kitorang ada Cheing Wei Ni (penasihat kewangan merangkap bendahari kelas kami). dia la yang tolong kami jimatkan duit. HAHA. even agak kedekut bunyinya tapi ilmu masih dapat dicari.

cuti? agak bosan macam selalu laa. dok kat rumah jer. tolong bisnes mak aku. HEHE. online jarang sekali. tapi main game selalu. tu pun kalau adik aku takda kacau. HAHA. dulu aku salu marah diorang pasal asyik main game 24 jam. nah. sekarang aku pulak yang conquer PS2 diorang. NGEE. siap ada plan nak beli CD Game banyak banyak. sekarang pun aku dah addict dengan The Sims. what a nice game ! ^______^

p/s : to all member member out there. tahniah sebab dah graduated and mudah mudahan dapat result gempak. selamat bercuti and jaga diri korang baik baik tau. jumpa lagi :)

Thanks for reading my entry and i really appreciate it

STPM on 4th and 5th November :)

assalamualaikum and salam sejahtera :)

lama jugak aku tak singgah blog aku ni ya. datang datang pun saja nak update pasal exam lepas. nak sambong cerita lagi la tuh. iya laa~

on 4th November 2011,
kami duduki kertas sejarah 2. bukan duduk atas kertas tu yah. aku memang dah konfiden dapat jawab. sebelom masok bilik peperiksaan lagi. pasal aku dah skop banyak topik and soalan. semacam yakin jer soalan tu akan keluar. tuikkk! tak guna aku mengharap. hanco harapan aku bila tengok soalan soalan yang dikemukakan. ape nih? tak best la! cuma 2 soalan jer yang aku ada skop, keluar. kan kena jawab 4 soalan dari 12 soalan. 2 jer? bole dapat 50 markah jer? tu pun tak tau sampai ke tak 50. yang lain aku main jawab jer ekot pengetahuan aku. nasib ada jugak yang aku tau walaupun agak tak betol jer. SATU SOALAN AKU TAK JAWAB HABIS :'(

kecewa la jugak. kalau dah hidup kita di masa depan kita tak dapat nak ramal. sama la jugak dengan soalan soalan yang bakal ditanya kat kita dalam exam. lain la soalan tu dah bocor. tapi, bak kata kawan aku. kalau semua orang kata susah. komfem diorang pemeriksa akan turunkan markah untuk lulus. bagus la tuh. harap harap la. usaha dah. tinggal tawakal jer la.

on 5th November 2011,
kertas geografi 2 pulak. yang ni aku memang suka. sikit jer la. at least dapat back up kertas geografi 1 hari tu. mudahan la. macam biasa la. soalan yang tak diduga keluar, keluar la pulak. tapi at least yang aku skop and ada belajar, keluar. alhamdulillah la kalau macam tu. mudahan result pun ok. hais. walau peluangnya agak tipis. kertas ni aku takda komen sangat. ok la tu kot :)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

yes. tinggal satu paper jer lagi. Pengajian Am Kertas 1. objektif jer. tapi susah jugak nak skor 40 and above. ada 60 soalan semuanya. semua pasal politik kat Malaysia ni and kerjasama dengan dunia luar jugak. walaupun aku ni warganegara Malaysia, tapi tak semua benda aku tau pasal Malaysia. pasal tu la kena belajar subjek ni dengan baik. kalau nak jawab dengan baik. hehe. study untuk exam jer.

apsal takda gambar kertas exam? malas daa~ frust ni frust =P

ok laa. aku cabut dulu. assalamualaikum :)



Thanks for reading my entry and i really appreciate it

STPM : 29th december 2011

assalamualaikum and hello hello :)

i'm back with a new story. nothing else. it is about STPM. hehe. saja nak tulis dalam blog. so that aku ingat apa yang aku dah lalui sepanjang exam ni. pasal exam lepas lepas memang aku dah tak ingat langsung. tinggal sejarah la semua exam tu *PMR & SPM. yang ni special sikit. pasal tak semua orang berani ambik. haa! kan? betol tak? dulu time register masok form 6 bukan main ramai. ditambah lagi dari sekolah sekolah lain. dapat kenalan baru pulak tu. hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan, tup tup tinggal 12 orang jer dalam kelas. tu kelas aku. ada berani? back to my topic ya ~



dapat jer paper ni terus berdegup kencang jantung aku. fuh. tak terkata lagi dah perasaan nervous menggeletar macam nampak hantu. hmm. kan paper ekonomi 1 hari tu aku jawab ekot sedap tangan aku jer nulis. nak tak nak. kena kerja lebih lagi untuk paper ekonomi 2 ni. nak back up paper 1 la kononnya. sebab dua dua paper kena seimbang. kalau tak, yang tak cukup markah terpaksa tarik markah yang memang takkan cukup markah jugak. ape ape jer la.

tengok soalan, fuh. kalau dah susah tu. memang susah. takder makne nak harapkan keajaiban tu datang. but, i think i did better for this paper than the other. sampai tak cukup masa pulak. but, alhamdulillah aku jawab semua soalan. banyak buang masa kat bahagian D buat aku nervous tak tentu arah. takut takut tak sempat jawab habis. so far, ok la. harap cemerlang. aisehmen ~


petang tu pulak ada kertas geografi 1. full name dia Geografi Alam Sekitar Fizikal. actually, aku tak berapa suka dengan subjek ni. pasal banyak benda kita nak belajar. banyak sangat pecahan and berulang ulang. agak konfius rupa gayanya. subjek ni Mak Yong yang ajar. Hehe. Gelaran untuk Cikgu Nor Shariza a.k.a Taiko Lutong. "duit raya takdo, penampo ado". dia ni pembekal makanan kitorang. masakan dia memang sedap. mintak resepi pun dia tak nak bagi. haa! part ni aku suka. Haha. Makan makan :)

apa yang aku bole cakap pasal paper ni? killing killing! tet ~ nak buat yang terbaik for paper 2 la. entah papaa la yang ko tanya. ko tanya, aku jawab la. tak tau kalau tu yang ko nak. kalau tak nak, nak nak kan la. huhu. harap harap pemeriksa tu baik hati lagi pemurah. semoga murah rezeki. amin :')

psst, ekonomi dah selesai. dah bole simpan buku buku dengan segala kertas harta karun tu dalam kotak. ngee ^__^

hey ! exam tinggal 3 hari lagi dengan 3 paper. yeah. i just can't wait. wuhoo =P

Thanks for reading my entry and i really appreciate it