anak yang terbuang

petang peeps :')

di kala petang yang agak panas ni . aku nak cerita sikit sejaa . pasal tadi . sekadar untuk berkongsi rasa . rasa sakitnya hati bila diperlakukan sedemikian rupa . aku hanya mampu mengeluh dan dan dan macam biasa . aku adalah insan yang cukup sensitif . memang sensitif . hanya kerana kedengaran nada yang agak marah , aku menangis menahan rasa .

dengan berani hati tapi agak gelisah gayanya . semacam nak tak nak sejaa aku nak luahkan hajat . aku cuma nak dia singgah kat suatu tempat sebab urgent nak beli something untuk esok . ya ! aku senanya takut untuk lafazkan hajat lebih lebih lagi bila melihat dia emosi menunggu adik balik dari sekolah . mana tidaknya . satu jam kami tunggu adik keluar sekolah . mm mm mm . kata balik jam 4 tapi keluar 4.30 ! takpa . aku tetap nak bagitau jugak . tapi mistake . walaupun aku tau yang dia juga sensitif dan tak dapat nak di bawa bincang . i mean nak suroh dia singgah mana mana time dia tengah emosi ? memang cari nahas laa kau ( aku ) ! tapi aku kenang masa . aku tau mama aku sibuk . grrrr ~

tapi . dia cakap dia nak hantar anak kesayangan dia pegi test motor . memandangkan tak lama lagi anak kesayangan dia ada pertandingan lumba motor . dengan nada yang agak menyebelkan aku . aku tau dia marah . pasal adik aku lambat keluar . aku pun terasa bodoh sangat sebab berani mati nak test test tahap kesabaran dia masa tu . aku ingatkan kalau aku bagitau pun , dia tetap akan singgah . tapi tak ! anggapan aku silap sama sekali . kenapa aku cakap jugak ? atoyai ~

tak lama pastu secara tetiba sejaa aek mata aku keluar . pasal dia lebih utamakan anak kesayangan dia . maka ! tempat tu kami limpas sejaa . tak boleh ka dia singgah sekejap . bukannya ambil masa yang banyak pun . aku tau laa dia nak cepat . aku pun boleh beli benda tu cepat cepat . bila aku keluar dari kereta . aku hempas pintu kereta dia kuat kuat . bang ! HAHAHA . berani sungguh . memang nak cari nahas . tapi nasib laa dia tak tengking aku pastu sebab aku jalan laju laju terus masok ke bilik dengan kasut sekolah aku yang belom dibukak lagi . isk isk :'D

ni laa yang aku tak suka . bila hati aku dah merintih kesakitan gara gara seseorang . okey ! aku takkan pandang kau langsung . dengan orang yang berkaitan pun ! anak kesayangan dia laa ! untuk seketika ~

panas betol hati aku sekarang . macam panasnya bahangan matahari yang memancar bumi masa ni haa . sampai sini sejaa laa . malang betol nasib aku . punya dia yang panas baran . lawa betol nada amarah kau tadi :'D

Thanks for reading my entry and i really appreciate it

No comments:

Post a Comment