Salam Maulidur Rasul


tanggal 5 Februari 2012, maka seluruh umat Islam di dunia menyambut ulang tahun kelahiran tokoh terunggul pada masa dahulu iaitu, Nabi Muhammad SAW
salam buat Rasullullah yang telah dilahirkan pada 20 Rabiulawal 571M bersamaan tahun gajah

tahun ni aku nak sangat ekot perarakan, tak tau pulak yang Miri jadi tuan rumah bagi negeri Sarawak
semakin la hati ni nak ekot serta berarak dengan umat Islam lainnya
alhamdulillah, plan nak ekot menjadi bila aku ajak kawan aku sekali, thank you friend !
semangat betol aku nak join tau, 430 pagi lagi aku dah bangun
kawan aku memang tak tidotido, lagi semangat tuh

tak sangka jauh betol perjalanan sepanjang perarakan tu
terpanjang yang pernah aku ekot, but actually ni 2nd time aku join, hehe
tapi memang tak terasa penat, cuma kepanasan disinari matahari yang hampir tegak atas kepala
sehabis perarakan, haaa, baru terasa kaki aku seolah olah sudah berterbangan
??????
tak, masih ada lagi kaki ni, cuma rasa penat/cramp tak terkata
tapi aku bersyukur sangat sangat, pasal aku berjaya menghabiskan perarakan yang panjang sangat tu
ni semua pengorbanan aku buat Allah SWT, Rasullullah SAW & juga Islam, agamaku
dalam perarakan tu, terbit rasa kesyukuran aku padaNya
aku dilahirkan sebagai umat Islam, dianugerahkan parents yang baik, rezeki yang dikurniakan, kejayaan yang pernah aku peroleh and so on
tu semua datangnya dari Allah SWT bukan?
Syukran Ya Allah, alhamdulillah atas segala kurniaanMu

here got few pictures yang sempat aku ambik, mistake betol aku tak bawak kamera daddy aku, ni pun cuma guna handphone, tak power mana pun but at least ada jugak untuk aku simpan sebagai kenangan 2012 on Maulud










alhamdulillah :)





Thanks for reading my entry and i really appreciate it

2 comments: