dunia kini kian berubah

assalamualaikum. good morning fellas.

entry kali ni memang agak ke'isusemasa'an la jugak ya. aku cuma nak berkongsi pendapat. harap maaf kalau aku tersilap mahupun tak sengaja akan sakitkan hati mana mana pihak. but believes me. i didn't mean to hurt you. wuu ~

dunia kini kian berubah? ya, aku rasa dunia kita dah macam zaman dulu dulu. lebih 'cun' kalau aku kata seakan akan sudah kembali ke zaman jahiliah. jahil bermaksud bodoh dan tidak bertamadun. sejarah pulak dah. okay orait. kenapa aku kata begitu? hmm. tengok jer lah berita terkini. macam macam yang kita dapat tahu bukan. isu isu semasa sekarang. agak kebodohan bunyinya. kejam. sadis. tak berperikemanusiaan. ada akal tak guna. ada hati pun busuk dah. ada otak macam takda otak. nah. tak ke jahil namanya tuh.

kawan makan kawan. perumpamaan ni sering kita jumpa kat merata tempat bukan? sana sini orang dok sibuk mengata kawan dia penipu, tikam belakang, pentingkan diri and so on. agaknya zaman sekarang kawan dah macam bukan kawan. kawan pun bole dijadikan umpan. jadi tebusan. mangsa untuk langsaikan hutang. "kawan"? tak beri apa apa maksud yang baik lagi untuk manusia. kawan dah jadi alat untuk dipertaruhkan dan DIPERDAGANGKAN kepada orang lain. dah ada kuasa mutlak ke atas kawan ke sekarang? tipu kawan sendiri. kononnya nak bantu kawan cari kerja. pastu disuntiknya dengan dadah. then dijadikan pelacur. apa erti sebuah persahabatan kalau kawan dah diperbodohkan.

berzina. yang ni memang famous zaman jahiliah dulu. rasanya sekarang famous balik la kot. hais. berzina itu kan satu dosa besar. kalau tak tahan sangat, kahwin la dulu. bawak bincang. kalau tak dapat. takpa. anggap la korang takda jodoh. tapi jauhkan la berzina yang akan menempah bilik neraka untuk korang nanti. neraka tu kan panas. korang tahan sangat ke dengan panas matahari? lagi dengan bahangan matahari kita dah merungut. inikan pula dengan api neraka.

buang bayi. perkara biasa bagi orang orang yang takda otak. ada otak tapi tak berfungsi lagi la tuh. i guess. kalau otak tak berfungsi, bukankah dia dah mati? =.=" kalau zaman jahiliah dulu, pasangan suami isteri tak suka bayi perempuan. nanti dikatakan menjatuhkan maruah keluarga sebab perempuan dianggap hina pada masa tu. so, diorang tanam la bayi perempuan yang baru lahir hidup hidup. cukup kejam ! tapi sekarang lain. diorang tak tanam. diorang main lempar jer kat mana mana tempat seolah olah bayi tu sampah. bukan. mak bapak diorang tu la yang sampah masyarakat. it getting worse nowadays yah. hais. takda agama ke?

jual darah daging sendiri. bukan jual badan dia sendiri ya. tapi jual anak anak or saudara sendiri. ni sama macam kawan makan kawan. darah daging sendiri diperdagangkan. kononnya nak langsaikan hutang keliling badan. tak terdaya nak bayar balik. serahkan la sapa sapa orang terdekat dengan si pemiutang. sikap pentingkan diri pun menguasai diri. tak sedar dia dah rosakkan darah dagingnya sendiri. jahil sungguh ~

aku dah kehilangan idea. satu badan kena gigit nyamuk. kegatalan pulak sekarang. nak menaip pun takda feel. okay aa. sampai disini saja. sekali lagi, aku mohon maaf andai terkasar bahasa dan ter-sakitkan hati si pembaca.

"setiap manusia yang melakukan dosa haruslah segera bertaubat dan mohon keampunan dari Tuhan yang Maha Esa"

wallahualam ~

salam :)

Thanks for reading my entry and i really appreciate it

2 comments:

  1. dunia sekarang memang macam ya. :)

    ReplyDelete
  2. hidup kat zaman nektok mok hati hati. boh senang cayak ngan orang. boh senang terpengaruh ngan orang. >_<

    ReplyDelete