The last paper for STPM and MERDEKA !!!

assalamualaikum and hai good morning :)

awal pulak aku online hari ni. hais. sekarang aku mang dah susah nak online salu salu macam dulu. nak kata aku busy. sekolah dah abis. nak study? study apa ka benda nya pulak. kerja? eh, takda la. mak belom kasi kebenaran lagi buat masa ni. entah bila dia nak lepaskan aku pergi cari nafkah. aiseh. nafkah? kawen pun belom. calon pun takda. uww. stop the crap! my dad yang always conquer komputer yet this broadband. tu laa kelemahan broadband. sorang jer bole guna. adeh adeh. sabar jer la. orang tua kita kena dahulukan. sapa dulu makan garam? haa ..

Pengajian Am Kertas 1. last paper on 13 disember 2011 eahh. kertas terakhir memang agak kemalasan aku nak ulangkaji. tapi alhamdulillah aku sempat cover hampir ke semua topik. sebab aku ambik masa 3 hari sebelom exam untuk study subjek ni. hahaha . last minute tak bagus sangat diamalkan tapi agak berbaloi jugak. kalau study awal sangat mudah lupa pulak. tapi tak semestinya la. bergantung jugak dengan situasi kita during study. sama ada paham atau tak. this paper pun quite okay eahh. takla susah sangat. cakap besar pulak kau. HEHE. takla takla. at least aku tak frust.

MERDEKA !!! alhamdulillah, misi aku kini sudah selesai. setahun setengah aku berada di Tingkatan 6, tak sangka aku bole habiskan pengajian. kalau dulu memang aku asyik menangis jer. pasal aku tak tahan dok lama lama kat sekolah tu. plus dengan kerenah birokrasi. aep ! kerenah cikgu cikgu ler. sometimes dengan orang sekeliling aku. but then aku kena hadapi semua tu dengan hati yang tabah. akhirnya, aku dah pun sampai ke penghujung dan kini aku bole bebas berlari kemana saja aku nak. waseh waseh.

maka, sudah ada 3 orang daripada 5 adik beradik aku dah habis pengajian di Tingkatan 6. yeah yeah. tak semua nak masok T6 tau. nak kena paksa family dulu. tu pun kalau kau nak dengar katakata diorang. aku terpaksa. pasal aku faham keadaan family aku sekarang. dulu tak mampu la nak masokkan aku dalam mana mana U. keadaan kewangan masih tak stabil. orang kata kalau masok T6, murah, jimat what so ever. hais. mana ada. masih jugak aku keluarkan duit beratus ratus agaknya kot. tapi lebih murah dari yuran kat U tu la ya. beratus ratus? nampaknya bohong. kitorang ada Cheing Wei Ni (penasihat kewangan merangkap bendahari kelas kami). dia la yang tolong kami jimatkan duit. HAHA. even agak kedekut bunyinya tapi ilmu masih dapat dicari.

cuti? agak bosan macam selalu laa. dok kat rumah jer. tolong bisnes mak aku. HEHE. online jarang sekali. tapi main game selalu. tu pun kalau adik aku takda kacau. HAHA. dulu aku salu marah diorang pasal asyik main game 24 jam. nah. sekarang aku pulak yang conquer PS2 diorang. NGEE. siap ada plan nak beli CD Game banyak banyak. sekarang pun aku dah addict dengan The Sims. what a nice game ! ^______^

p/s : to all member member out there. tahniah sebab dah graduated and mudah mudahan dapat result gempak. selamat bercuti and jaga diri korang baik baik tau. jumpa lagi :)

Thanks for reading my entry and i really appreciate it

1 comment:

  1. yer.. congrates darla ! have fun on your holiday :) semoga dapat result baik punya. insyaAllah. :)

    ReplyDelete